Sunday, 16 December 2012

REFLEKSI

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Tajuk : NUTRISI

1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut.
• Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P.

• Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
• Guru tidak menggunakan bahasa badan yang berkesan untuk menarik minat pelajar dalam memberi  tumpuan semasa guru mengajar.
Penggunaan perkataan ok terlalu kerap menjadikan pelajar bosan.
Tiada unsur motivasi semasa pengajaran guru menyebabkan pelajar tidak bersemangat untuk belajar.
• Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut.

2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka.

• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki berbincang mengenai jenis- jenis nutrisi. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.




• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik nutrisi dengan topik yang telah dipelajari.

Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik nutrisi.

• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

Rancangan Pengajaran Harian Sains

Mata Pelajaran            : Sains
Tingkatan                   : 1 Ibnu Sina
Bilangan Pelajar         : 28 orang
Tarikh                         :  17 November 2012
Masa                           : 08.00am-8.45am (45 minit)
Tajuk                          : Nutrisi (Kelas Makanan)
Hasil    Pembelajaran              : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  dapat,
a)      Menjelaskan dengan lisan empat fungsi karbohidrat, protein dan serat dengan betul
b)      menyenaraikan tiga contoh karbohidrat, protein dan serat dengan tepat
c)      Menganalisiskan tiga kesan kekurangan karbohidrat, protein dan serat dengan baik

Fokus Utama              : topik 9.2 (Kelas makanan)
Fokus Sampingan       : topik 9.1(Piramid Makanan)
Prasyarat                     : Pelajar telah didedahkan dengan piramid makanan
Sistem Sains               :  Kelas Makanan
KBT                           :  Kemahiran Berfikir – Menjana idea dan membuat keputusan
Bahan Bantu Mengajar: Video Kepelbagaian Makanan, LCD
                                       Soalan Kuiz, Kad bewarna, Kertas Majong
                                        Gambar,buku teks
Pendekatan Kaedah      :Masteri learning
Penyerapan/ Penerapan : Ilmu -    Pengetahuan Sains
                                        Nilai -   Kasih-sayang, Hormat-menghormati, keberanian
                                                      Kerjasama,




LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN


LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/NILAI MURNI/BBM
Set Induksi
(5 minit)
Video nyanyian bertajuk ‘makanan’.

1)      Guru menayangkan video mengenai kepelbagaian makanan

2)      Pelajar diminta meneliti video kepelbagaian makanan tersebut. Guru bersoal jawab dan pelajar memberi respon

3)      Guru mengaitkan video dengan isu pembelajaran pada hari ini.

Strategi:
Berpusatkan pelajar

Kaedah:
Interprestasi Video
Soal jawab

Nilai-Nilai:
Patuh arahan guru dan tumpuan

BBM:
Video

KBKK:
Berfikir untuk menjana idea
Langkah 1
(3 minit)
Mendapatkan maklumat
Makanan terdiri daripada 7 kelas :
1)      Karbohidrat
2)      Protein
3)      Serat
4)      Vitamin
5)      Mineral
6)      Lemak
7)      Air
  1. Guru meminta pelajar meneliti tajuk  pembelajaran mengenai Kelas Makanan

  1.  Guru memberi penerangan berkaitan tajuk Kelas Makanan

  1. Semua pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru


Strategi:
Berpusatkan pelajar dan guru.

Kaedah:
Penerangan dan soal jawab

Nilai-Nilai:
Hormat-menghormati
Kasih-sayang
keberanian

BBM:
Slaid Power Point

KBKK:
Pemahaman dan pengetahuan

Langkah 2
(7 minit)
Contoh, fungsi dan kesan kekurangan karbohidrat, protein dan serat.
1.      Guru memberi penerangan mengenai contoh, fungsi dan kesan kekurangan karbohidrat, protein dan serat.
2.      Pelajar mendengar penerangan guru dengan teliti.
Strategi:
Berpusatkan guru

Kaedah:
Penerangan

Nilai-Nilai:
Patuh arahan guru dan tumpuan

BBM:
Slaid powerpoint

KBKK:
Berfikir untuk menjana idea
Langkah 3
(10 minit)
Pembentangan kumpulan:
Warna Merah:
karbohidrat

Warna Biru:
 protein

Warna Hijau:
serat




  1. Guru membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan

  1. Guru mengarahkan pelajar untuk mengambil kad bewarna merah, biru dan hijau yang mengandungi tugasan kumpulan

  1. Guru mengarahkan pelajar untuk membuka kad yang di terima

4.      Guru meminta pelajar untuk berbincang dan bekerjasama dalam kumpulan.

5.      Pelajar membuat tugasan dengan menggunakan kertas majong dan marker yang diberikan oleh guru


  1. Guru bergerak memantau dan membantu usaha pelajar menyiapkan tugasan.

Guru memberi peluang pada pelajar untuk bertanya jika masih belum jelas.

Strategi:
Berpusatkan pelajar dan guru


Kaedah:
Soal jawab,  perbincangan kumpulan dan pembentangan


Nilai-Nilai:
Hormat-menghormati
Kasih-sayang
keberanian
Kerjasama
Pembelajaran koperatif

BBM:
Kad bewarna merah, biru dan hijau
Kertas Majong
Marker

KBKK:
Pemahaman perbincangan
pengetahuan





Langkah 4
(10 minit)




Penilaian;
Aktiviti individu
-          Kuiz 5 minit
-          Perbincangan 5 minit








  1. Guru mengedar kertas soalan kepada setiap pelajar

  1. Guru  meminta pelajar meneliti soalan dan menandakan jawapan

  1. Pelajar  menyelesaikan soalan yang diberikan dengan tekun

  1. Guru menyemak dan berbincang jawapan dengan pelajar

Guru memberi pujian kepada pelajar yang sukerela menjawab soalan dan memberi jawapan yang betul sebagai unsur peneguhan





Strategi:
Berpusatkan pelajar dan guru


Kaedah: kuiz dan perbincangan

Nilai-Nilai:
Kecerdasan pelbagai

BBM:
Soalan Kuiz
Buku teks

KBKK:
Pengetahuan berfikir dan tumpuan



Langkah 5
(5 minit)
Aktiviti pemulihan dan pengayaan

Pemulihan: guru mengulang semula tajuk yang pelajar masih tidak faham dan mengarahkan pelajar menyiapkan aktiviti pengukuhan di dalam buku teks tingkatan 2.

Pengayaan: guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan pengukuhan dalam buku teks sains tingkatan 2.
Strategi:
Berpusatkan pelajar
Kaedah:
Pemulihan dan pengayaan

Nilai-Nilai:
Patuh arahan guru dan tumpuan

BBM:
Buku teks

KBKK:
Berfikir untuk menjana idea
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran
Guru membuat penutup sosial dan kognitif. Guru meminta pelajar menyiapkan aktiviti lembaran kerja di rumah. Guru akan berbincang dengan pelajar pada kelas akan datang.
Mengamalkan pengambilan makanan secara
sihat

Refleksi          :_Pelajar_memberi kerjasama dan dapat mengikuti pembelajaran dengan   
                            baik










NUTRISI

Makanan boleh dibahagikan kepada tujuh kelas iaitu:

1) Karbohidrat
2) Protein
3) Vitamin
4) Mineral
5) Serat
6) Lemak
7) Air

KARBOHIDRAT

Contoh Karbohidrat ialah:

1) Nasi
2) Roti
3) Ubi kentang

Fungsi Karbohidrat ialah:

1) Membekalkan sumber utama tenaga kepada badan
2) Menyokong struktur sel badan
3) Karbohidrat berlebihan ditukarka kepada protein dan lemak

Kesan Kekurangan Karbohidrat ialah:

1) Badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya


PROTEIN

Contoh protein ialah :

1) Ikan
2) Daging
3) Telur

Fungsi protein ialah:

1) Membantu proses pertumbuhan dan memperbaiki sel rosak
2) Digunakan untuk sintesis enzim dan hormon
3) Sumber tenaga sampingan

Kesan kekurangan Karbohidrat:

Akan memyebabkan penyakit Kwasyiokor


Saturday, 15 December 2012

nutrisi

                   NUTRISI

Terdapat tujuh kelas makanan iaitu:

1) Karbohidrat
2) Protein
3) Vitamin
4) Mineral
5) Lemak
6) Serat
7) Air

KARBOHIDRAT

Contoh bagi kelas makanan Karbohidrat ialah:

1) Nasi
2) Roti
3) Ubi kentang

Antara fungsi Karbohidrat ialah:

1) Menbakalkan sumber utama kepada badan
2) Menyokong struktur sel
3) Menukarkan karbohidrat yang berlebihan kepada protein dan lemak

Kesan Kekurangan Karbohidrat:

1) Badan menjadi lemah dan tidak bermaya


PROTEIN

Contoh Protein antaranya ialah:

1) Ikan
2) Telur
3) Daging

Antara fungsi Protein ialah:

1) Diperlukan untuk proses pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel rosak
2) Sumber tenaga sampingan badan
3) Digunakan untuk sintesis enzim dan hormon

Kesan kekurangan Protein ialah:

1) Menyebabkan penyakir Kwasyiokor